September 8, 2019

First Of All ~~

test
*
*
*
hihi
*
*
*
hai
*
*
*
assalamualaikum dan salam sejahtera

sesi perkenalan dulu ye 🙌

kita mulakan dengan pantun dua kerat dulu

"pergi ke kedai tengok orang main dam"
"nama penuh muhammad afiq bin adam"

sejak dari zaman sekolah sampai sekarang banyak nama yang orang beri kat aku
biasa member-member yang rapat panggil afiq je
tapi sebab ramai sangat nama afiq - yelah manusia dalam dunia ni bukan aku sorang je ada nama afiq
so aku cop nama "afiq adam" sebagai touch id untuk menyentuh hati ini - cewahhh haha
bukan apa. kan tak memasal pula budak-budak ni nganjing nama aku entah pape

kenapa buat blog? 💁

dulu pernah je buat blog
ada dua blog - sebelum aku delete (lupa sebab apa entah)
satu blog pasal finance dan satu lagi blog pasal travel - travel bohh - travel mana terrr

tapi
sekarang aku buat blog untuk isi masa je - sebab banyak sangat masa membazir terperap kat bilik je
banyak ilmu-ilmu aku hilang so ni aku jadikan sebagai medan perkongsian
dah lama nak buat sebenarnya tapi tulah sekadar bercakap dan berangan - kat 2 tahun woi
selain tu untuk menyahut seruan lecturer aku - budak-budak ni panggil dia Mama Zu
"buat satu blog yang orang boleh guna untuk belajar dan isi apa-apa yang awak belajar"
so bolehlah orang guna blog ni buat rujukan
nanti ada orang letak nama aku kat page rujukan esaimen hihi

banyak nak tulis tapi cukup lahtu setakat ni
member dah nampak aku tulis blog ni. dah kene gelak ni kehkeh
lain kali pula sambung. kbye 🙋

No comments:

Post a Comment