Tapi sebelum itu, cara penjagaan bateri powerbank adalah berlainan berdasarkan kapasiti bateri - ada 5000mAh, 10000mAH dan 20000mAh (boleh lihat pada kotak atau badan powerbank gambar kedua kat atas tu). Yang akan saya jadikan rujukan adalah bateri powerbank berkapasiti 1500mAh (whatt!! besar bateri handphone aku lagi ermm!!).
1) Jangan mengecas bateri powerbank lebih daripada 3 jam (untuk 1500mAh). Elakkan daripada overcharging semalaman (orang tua biasa buat macam ni) atau membiar bateri powerbank dicas tanpa pengawasan. Dengan lain kata, kalau bateri powerbank anda berkapasiti 10000mAh dan memerlukan 12 jam untuk dicas sampai penuh, apabila dah penuh 100% terus cabut pengecas atau tunggu sampai 20-30 minit baru cabut pengecas untuk elakkan bateri powerbank daripada overcharging.
2) Jangan menggunakan powerbank secara ganas terutama ketika ingin menyambungkan atau mencabut kabel (ni biasa terjadi - tetiba naik angin bila kabel tak masuk-masuk, rupa-rupanya terbalik). Ini adalah untuk mengelak kerosakkan pada soket USB powerbank anda - sekali rosak, hai hai bye bye jelah.
3) Cas bateri powerbank anda setiap 3 bulan. Walaupun anda tidak menggunakannya, baterinya akan tetap terbuang atau habis - cuma risau je powerbank dah lama tak cas dalam 5-6 bulan, tetibe nak guna time emergency eh eh kenapa ni?? Nanti anda kata ia rosak pula padahal elok lagi cuma baterinya sudah tiada.
4) Jangan ubahsuai, membuka, jatuhkan, hancurkan, cincang lumat atok mak nenek semualah powerbank anda. Ini kerana dikuathiri akan ada kebocoran bahan kimia daripada bateri powerbank anda seperti anda semua sedia maklum bahawa bateri powerbank mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
5) Jauhi powerbank anda daripada semua barangan logam seperti duit syiling, kunci, pin rambut dan lain-lain. Terutama sekali di bahagian terminal atau soket USB kerana ditakuti mengakibatkan berlakunya litar pintas pada bateri powerbank.
6) Jangan cuci powerbank anda dengan sabun atau bahan pencuci. Ada ke orang nak cuci?? Sebenarnya saya seorang yang amat menjaga barang, jadi bila tengok ada barang yang ada kesan kotor, dia rasa macam "haishh sayang ni, perlu dicuci bagi nampak elok" tapi tiadalah sampai nak cuci powerbank tu dengan sabun bagai, kita ni tinggi juga ilmu bab elektrik haha (pernah kerja buat wiring satu rumah kot dari tandas sampai ke tiang elektrik).
7) Jangan dedahkan powerbank anda kepada air atau kelembapan yang berlebihan. Jangan guna jika powerbank anda masih lagi basah atau lembap. Biarkan ia kering dengan sempurna dahulu baru boleh guna.
8) Simpan powerbank anda pada tempat yang kering dan tidak berhabuk. Ini adalah untuk memastikan terminal atau soket USB bersih. Jangan guna apa-apa cecair untuk membersihkannya. Cukup sekadar tiupan rinduku padamu atau guna kain.
9) Jangan mengecas bateri powerbank anda dan pada masa yang sama anda turut mengecas peranti anda menggunakan bateri powerbank yang tengah dicas tadi (tiada plug sangat ke oii). Sila cas secara berasingan. Bateri powerbank perlu dicas ketika tidak digunakan - konsep yang sama seperti jangan bermain handphone ketika dicas.
10) Powerbank akan menjadi sedikit panas ketika dicas. Ini adalah normal (jangan takut, energy produce heat) tapi perhatian juga perlu diberikan. Jika anda rasa lain macam je seperti panas seperti bukan kebiasaan (macam air suam) atau berlaku kejadian yang tidak normal seperti keluar bau yang kurang enak, perubahan pada warna atau perubahan pada bentuk, sila cabut pengecas dan terus berhenti daripada menggunakan powerbank tersebut kerana ia telah rosak.
11) Jauhi powerbank daripada punca haba atau sinaran matahari secara langsung untuk mengelak pembentukkan haba. Letakkan ia pada tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik supaya powerbank tidak menjadi terlampau panas ketika digunakan.
12) Jangan sentuh atau masukkan jari anda ke dalam terminal atau soket USB. Terutama bagi kanak-kanak atau bayi kerana mungkin mereka ingat apa yang dipegang oleh mereka adalah mainan (kalau dapat ke bayi ni, mesti ada dia main jilat-jilat dalam lubang tu eh).
Selain daripada tips penjagaan bateri powerbank diatas, saya juga akan memberitahu cara mengatasi masalah yang biasa berlaku pada bateri powerbank kita.
Masalah
|
Punca Masalah
|
Cara Perbetulkan
|
Bateri Powerbank tidak dicas
|
Kabel tidak disambung dengan betul.
|
Periksa semula sambungan kabel dengan betul.
|
Sambungan kabel longgar.
|
Sambungkan semula kabel dan pastikan sambungan ketat.
| |
Lampu LED pada bateri powerbank tidak menyala atau ia mengambil masa yang lama untuk dicas.
|
Komputer dalam keadaan mod standby.
|
Ubah komputer kepada mod ON.
|
Bateri powerbank sudah lama tidak digunakan dan bateri sepenuhnya nyah-cas.
|
Sila cas bateri powerbank setiap 3 bulan untuk mengelak perkara ini berlaku.
| |
Bateri powerbank panas.
|
Bateri powerbank akan menjadi panas ketika digunakan atau selepas digunakan.
|
Cabut pengecas dan biarkan ia sejuk seketika sebelum mengecas semula.
|
Bateri powerbank tidak bertahan lama.
|
Bateri powerbank memang ada sedikit.
|
Sila cas bateri powerbank anda.
|
Jangka hayat bateri powerbank sudah sampai penghujungnya.
|
Petanda bateri powerbank sudah sampai ke punghujungnya ialah dapat digunakan sekejap sahaja walaupun telah dicas penuh. Dimohon agar bertabah dan move-on beli baru.
|
Itu sajalah dapat dikongsikan oleh saya pada kali ini. Jika anda ada cara lain atau nak tambah lagi tips, boleh komen dibawah supaya dapat juga membantu orang lain cara untuk menjaga bateri powerbank mereka 👇👇 Jika rasa post ini bermanfaat, boleh share ye post ni 🙆🙆 Dan jangan lupa untuk klik follow di sidebar sebelah kanan 👉👉