Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post ini, saya akan kongsikan kepada anda semua hasil tugasan ketiga kerja kursus bagi subjek RBT1024 Asas Agroteknologi pada semester 1PPISMP bagi mereka yang mengambil jurusan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tugasan pertama telah saya kongsikan pada post lepas manakala tugasan kedua tidak dapat saya kongsikan kerana ia adalah kerja amali.
Sedikit mengenai tugasan ketiga ini, pada tugasan kedua saya dikehendaki melakukan pembiakan satu jenis tumbuhan dengan prosedur pembiakan yang sesuai. Oleh itu, pada tugasan ketiga saya dikehendaki menghasilkan satu laporan bertulis daripada hasil kajian satu tanaman untuk tujuan kesesuaian pembiakan (tugasan kedua). Saya telah memilih bendi untuk ditanam secara pembiakan seks iaitu melalui penyemaian biji benih.
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya) kembali juga kepada kamu. - (Surah al-Isra': 7)
October 18, 2019
October 17, 2019
Kerja Kursus Asas Agroteknologi: Brosur Tanaman Berpotensi Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post ini, saya akan kongsikan kepada anda semua hasil tugasan kerja kursus bagi subjek RBT1024 Asas Agroteknologi pada semester 1PPISMP bagi mereka yang mengambil jurusan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Ini adalah sambungan kepada tugasan yang pertama iaitu menghasilkan brosur.
Sedikit mengenai brosur ini, bersama-sama tugasan pertama iaitu menghasilkan satu penulisan Tanaman Berpotensi Negara, saya juga dikehendaki menghasilkan brosur tentang tanaman berpotensi negara yang saya tulis iaitu tanaman vanilla. Dalam brosur ini, saya menerangkan serba ringkas mengenai tanaman vanilla bagi menyokong penulisan saya yang memilih tanaman vanilla sebagai tanaman berpotensi negara.

October 16, 2019
Kerja Kursus Asas Agroteknologi: Dokumentasi Tanaman Berpotensi Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙋🙋 Pada post ini, saya akan kongsikan kepada anda semua hasil tugasan kerja kursus bagi subjek RBT1024 Asas Agroteknologi pada semester 1PPISMP bagi mereka yang mengambil jurusan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tugasan kerja kursus bagi subjek ini terbahagi kepada 3, namun pada post ini saya kongsikan tugasan yang pertama iaitu dokumentasi tanaman berpotensi negara.
Sedikit mengenai tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan satu penulisan Tanaman Berpotensi Negara berserta brosur. Oleh kerana pensyarah saya pada ketika itu inginkan kelainan, beliau tidak mahu tanaman komoditi yang sudah biasa di Malaysia seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Justeru, saya memilih tanaman vanilla sebagai tanaman berpotensi negara kerana penanaman vanilla ketika itu masih belum meluas serta banyak produk menggunakan vanilla sebagai bahan selain saya suka minum air vanilla coke 😬😬

September 11, 2019
Tips Penjagaan Bateri Powerbank
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙋🙋 Pada post kali ini, saya akan bercerita mengenai tips penjagaan bateri powerbank. Mungkin ada antara anda yang berhasrat ingin membeli powerbank atau sudahpun membeli powerbank tapi tidak tahu cara untuk menjaganya - perlu ingat bahawa powerbank pun ada cara penjagaannya (kalau nak tahan lama), bukan main hentam semberono je!!
Sebab saya baru beli satu powerbank ni (warna merah bawah tu sebab murah hihi), saya akan jadikan ia sebagai rujukan anda semua bagaimana untuk mengoptimumkan prestasi dan memastikan keselamatan semasa menggunakan powerbank - banyak juga kes-kes bateri powerbank cepat habis dan lebih teruk ia meletup kebabommm!!
Tapi sebelum itu, cara penjagaan bateri powerbank adalah berlainan berdasarkan kapasiti bateri - ada 5000mAh, 10000mAH dan 20000mAh (boleh lihat pada kotak atau badan powerbank gambar kedua kat atas tu). Yang akan saya jadikan rujukan adalah bateri powerbank berkapasiti 1500mAh (whatt!! besar bateri handphone aku lagi ermm!!).
1) Jangan mengecas bateri powerbank lebih daripada 3 jam (untuk 1500mAh). Elakkan daripada overcharging semalaman (orang tua biasa buat macam ni) atau membiar bateri powerbank dicas tanpa pengawasan. Dengan lain kata, kalau bateri powerbank anda berkapasiti 10000mAh dan memerlukan 12 jam untuk dicas sampai penuh, apabila dah penuh 100% terus cabut pengecas atau tunggu sampai 20-30 minit baru cabut pengecas untuk elakkan bateri powerbank daripada overcharging.
2) Jangan menggunakan powerbank secara ganas terutama ketika ingin menyambungkan atau mencabut kabel (ni biasa terjadi - tetiba naik angin bila kabel tak masuk-masuk, rupa-rupanya terbalik). Ini adalah untuk mengelak kerosakkan pada soket USB powerbank anda - sekali rosak, hai hai bye bye jelah.
3) Cas bateri powerbank anda setiap 3 bulan. Walaupun anda tidak menggunakannya, baterinya akan tetap terbuang atau habis - cuma risau je powerbank dah lama tak cas dalam 5-6 bulan, tetibe nak guna time emergency eh eh kenapa ni?? Nanti anda kata ia rosak pula padahal elok lagi cuma baterinya sudah tiada.
4) Jangan ubahsuai, membuka, jatuhkan, hancurkan, cincang lumat atok mak nenek semualah powerbank anda. Ini kerana dikuathiri akan ada kebocoran bahan kimia daripada bateri powerbank anda seperti anda semua sedia maklum bahawa bateri powerbank mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
5) Jauhi powerbank anda daripada semua barangan logam seperti duit syiling, kunci, pin rambut dan lain-lain. Terutama sekali di bahagian terminal atau soket USB kerana ditakuti mengakibatkan berlakunya litar pintas pada bateri powerbank.
6) Jangan cuci powerbank anda dengan sabun atau bahan pencuci. Ada ke orang nak cuci?? Sebenarnya saya seorang yang amat menjaga barang, jadi bila tengok ada barang yang ada kesan kotor, dia rasa macam "haishh sayang ni, perlu dicuci bagi nampak elok" tapi tiadalah sampai nak cuci powerbank tu dengan sabun bagai, kita ni tinggi juga ilmu bab elektrik haha (pernah kerja buat wiring satu rumah kot dari tandas sampai ke tiang elektrik).
7) Jangan dedahkan powerbank anda kepada air atau kelembapan yang berlebihan. Jangan guna jika powerbank anda masih lagi basah atau lembap. Biarkan ia kering dengan sempurna dahulu baru boleh guna.
8) Simpan powerbank anda pada tempat yang kering dan tidak berhabuk. Ini adalah untuk memastikan terminal atau soket USB bersih. Jangan guna apa-apa cecair untuk membersihkannya. Cukup sekadar tiupan rinduku padamu atau guna kain.
9) Jangan mengecas bateri powerbank anda dan pada masa yang sama anda turut mengecas peranti anda menggunakan bateri powerbank yang tengah dicas tadi (tiada plug sangat ke oii). Sila cas secara berasingan. Bateri powerbank perlu dicas ketika tidak digunakan - konsep yang sama seperti jangan bermain handphone ketika dicas.
10) Powerbank akan menjadi sedikit panas ketika dicas. Ini adalah normal (jangan takut, energy produce heat) tapi perhatian juga perlu diberikan. Jika anda rasa lain macam je seperti panas seperti bukan kebiasaan (macam air suam) atau berlaku kejadian yang tidak normal seperti keluar bau yang kurang enak, perubahan pada warna atau perubahan pada bentuk, sila cabut pengecas dan terus berhenti daripada menggunakan powerbank tersebut kerana ia telah rosak.
11) Jauhi powerbank daripada punca haba atau sinaran matahari secara langsung untuk mengelak pembentukkan haba. Letakkan ia pada tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik supaya powerbank tidak menjadi terlampau panas ketika digunakan.
12) Jangan sentuh atau masukkan jari anda ke dalam terminal atau soket USB. Terutama bagi kanak-kanak atau bayi kerana mungkin mereka ingat apa yang dipegang oleh mereka adalah mainan (kalau dapat ke bayi ni, mesti ada dia main jilat-jilat dalam lubang tu eh).
Selain daripada tips penjagaan bateri powerbank diatas, saya juga akan memberitahu cara mengatasi masalah yang biasa berlaku pada bateri powerbank kita.

Masalah
|
Punca Masalah
|
Cara Perbetulkan
|
Bateri Powerbank tidak dicas
|
Kabel tidak disambung dengan betul.
|
Periksa semula sambungan kabel dengan betul.
|
Sambungan kabel longgar.
|
Sambungkan semula kabel dan pastikan sambungan ketat.
| |
Lampu LED pada bateri powerbank tidak menyala atau ia mengambil masa yang lama untuk dicas.
|
Komputer dalam keadaan mod standby.
|
Ubah komputer kepada mod ON.
|
Bateri powerbank sudah lama tidak digunakan dan bateri sepenuhnya nyah-cas.
|
Sila cas bateri powerbank setiap 3 bulan untuk mengelak perkara ini berlaku.
| |
Bateri powerbank panas.
|
Bateri powerbank akan menjadi panas ketika digunakan atau selepas digunakan.
|
Cabut pengecas dan biarkan ia sejuk seketika sebelum mengecas semula.
|
Bateri powerbank tidak bertahan lama.
|
Bateri powerbank memang ada sedikit.
|
Sila cas bateri powerbank anda.
|
Jangka hayat bateri powerbank sudah sampai penghujungnya.
|
Petanda bateri powerbank sudah sampai ke punghujungnya ialah dapat digunakan sekejap sahaja walaupun telah dicas penuh. Dimohon agar bertabah dan move-on beli baru.
|
Itu sajalah dapat dikongsikan oleh saya pada kali ini. Jika anda ada cara lain atau nak tambah lagi tips, boleh komen dibawah supaya dapat juga membantu orang lain cara untuk menjaga bateri powerbank mereka 👇👇 Jika rasa post ini bermanfaat, boleh share ye post ni 🙆🙆 Dan jangan lupa untuk klik follow di sidebar sebelah kanan 👉👉
September 8, 2019
First Of All ~~
test
*
*
*
hihi
*
*
*
hai
*
*
*
assalamualaikum dan salam sejahtera
sesi perkenalan dulu ye 🙌
kita mulakan dengan pantun dua kerat dulu
"pergi ke kedai tengok orang main dam"
"nama penuh muhammad afiq bin adam"
sejak dari zaman sekolah sampai sekarang banyak nama yang orang beri kat aku
biasa member-member yang rapat panggil afiq je
tapi sebab ramai sangat nama afiq - yelah manusia dalam dunia ni bukan aku sorang je ada nama afiq
so aku cop nama "afiq adam" sebagai touch id untuk menyentuh hati ini - cewahhh haha
bukan apa. kan tak memasal pula budak-budak ni nganjing nama aku entah pape
kenapa buat blog? 💁
dulu pernah je buat blog
ada dua blog - sebelum aku delete (lupa sebab apa entah)
satu blog pasal finance dan satu lagi blog pasal travel - travel bohh - travel mana terrr
tapi
sekarang aku buat blog untuk isi masa je - sebab banyak sangat masa membazir terperap kat bilik je
banyak ilmu-ilmu aku hilang so ni aku jadikan sebagai medan perkongsian
dah lama nak buat sebenarnya tapi tulah sekadar bercakap dan berangan - kat 2 tahun woi
selain tu untuk menyahut seruan lecturer aku - budak-budak ni panggil dia Mama Zu
"buat satu blog yang orang boleh guna untuk belajar dan isi apa-apa yang awak belajar"
so bolehlah orang guna blog ni buat rujukan
nanti ada orang letak nama aku kat page rujukan esaimen hihi
banyak nak tulis tapi cukup lahtu setakat ni
member dah nampak aku tulis blog ni. dah kene gelak ni kehkeh
lain kali pula sambung. kbye 🙋
Subscribe to:
Posts (Atom)